Let's Cooking! Resepi Ayam Goreng Kunyit & Sambal Belacan

resepi ayam goreng kunyit
Ayam Goreng Kunyit boleh dikatakan menu yang sangat simple untuk dijadikan menu bagi orang bujang atau family bersaiz kecil. 

Yang pasti, lauk ini kena makan sekali dengan Sambal Belacan. Barulah selera makin terangkat :)

Ok, jom kita start !

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan :
  • 600gram dada ayam dipotong dadu
  • 15 gram tepung jagung
  • 10 gram tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Garam jika perlu
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 1 biji bawang besar
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Kacang panjang, potong sederhana
Cara Penyediaan :
  1. Perap dada ayam dada ayam dengan tepung jagung, serbuk kunyit, serbuk kari, kiub pati dan garam sedikit sebelum menggoreng.
  2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam yang diperap tadi. biar sampai ayam tenggelam dalam minyak masak sepenuhnya.
  3. Goreng ayam sampai masak, kemudian masukkan bawang besar, lobak merah dan kacak panjang. kacau sekejap
  4. Angkat semua bahan tadi dan toskan.
Sambal Belacan Power

Bahan-bahan :
  • 5 biji cili merah
  • 6-10 biji cili padi merah
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula
  • 1/2 biji tomato, potong dadu
Cara Penyediaan : 
  1. Tumbuk semua bahan diatas sehingga agak halus
  2. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi, Masukkan bahan tumbuk. masak sekejap 5-8 minit.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

0 Response to "Let's Cooking! Resepi Ayam Goreng Kunyit & Sambal Belacan"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel