Yummy! Resepi Ayam Masak Halia Versi Chinese Style

resepi ayam masak halia
Sekali tengok macam Ayam Masak Kicap, dua kali tengok macam ayam untuk Nasi Ayam. Sebenarnya ini resepi untuk Ayam Masak Halia versi Chinese Style.

Rasanya tak makan dengan nasi pun takde masalah sebab ia tak pekat melekat macam ayam masak kicap. Bagi anak kecil ratah pun ok ni :)

Apa tunggu lagi. Jom kita start !

Resepi Ayam Masak Kicap Chinese Style

Bahan- bahan :
  • 500gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris kecil 
  • 2cm halia, dihiris halus nipis memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris nipis 2cm cm
  • 1 1/2 kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan minyak. gaul ayam bersama kunyit dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam di goreng tadi.
  2. Ambil sedikit baki minyak yang digoreng tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masuk tadi.
  3. Masukkan sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. kacau seketika
    ( jaga jangan sampai bawang putih jadi hangus) 
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit air jika anda suka lebih kuah.
  5. Taburkan cili merah dan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit sebelum diangkat. perasakan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan taburkan dengan daun bawang. Sedia untuk di makan

0 Response to "Yummy! Resepi Ayam Masak Halia Versi Chinese Style"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel