Simple Sangat! Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Melekat

resepi ayam masak kicap
Apa khabar semua, ada sihat ke? kali ini saya nak kongsi resepi Ayam Masak Kicap. Resepi yang menjadi kegemaran anak-anak sebab pakai kicap.

Tapi, terpulang pada anda nak set kepedasan ayam kicap ni mengikut selera tekak anda dan keluarga.

Ok, tanpa segan silu, Jom kita start !

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan :
  • 1 biji bawan besar, hiris bulat
  • 2 biji bawang putih, hiris kecil
  • 10 tangkai cili padi, ikut kepedasan masing-masing
  • 1/2 ekor ayam dipotong sederhana
  • 1 ketul bunga lawang
  • 3 ketul bunga cengkih
  • 1 ketul kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan minyak. gaul ayam bersama kunyit dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam di goreng tadi.
  2. Ambil sedikit baki minyak yang digoreng tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih, cili, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar bersama bahan yang ditumis. sekejap sahaja.
  4. Masukkan kicap pekat dan kicap cair, kacau seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi, sebatikan semua.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

0 Response to "Simple Sangat! Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Melekat"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel