Spicy! Resepi Ayam Masak Merah Menjilat Jari

resepi ayam masak merah
Resepi kita hari ini adalah Ayam Masak Merah licin menjilat jari. Ramai yang suka makan ayam masak merah ni, tambah pula makan bersama dengan Nasi Tomato.

Taknak cerita panjang, Jom kita start !

Resepi Ayam Masak Merah 

Bahan-bahan :

( Bahan Kisar )
  • 2 biji bawang besar
  • 2inci halia
  • 6-8 biji bawang merah
  • 8-10 bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 15-20 cili kering, buang biji dan rebus
( Bahan Lain )
  • 1ekor ayam, dipotong mengikut selera anda
  • serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • Anggaran 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis daun kari diikuti dengan bahan kisar halus sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa diikuti dengan ayam goreng tadi.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit rasakan manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak 5-10 minit. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sebelum angkat masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan kacau seketika.

0 Response to "Spicy! Resepi Ayam Masak Merah Menjilat Jari"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel