Step-By-Step : Resepi Ayam Masak Sweet Sour Yang Sedap Dan Mudah

resepi ayam sweet sour
Menu kita hari ini Ayam Masak Sweet Sour. Selera dimakan dengan nasi panas bersama dengan Sambal Belacan :)

Jom kita start !

Bahan - Bahan :

  • 300g dada ayam dipotong bersaiz kecil
  • 1/2 biji capsicum hijau ( lada benggala )
  • 3 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung
  • 1 bawang besar
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Nenas, potong dadu ( pilihan )
  • daun bawang
  • garam dan gula secukup rasa

    Cara Penyedian : 

    1. Perap ayam yang dipotong dadu bersama black papper dan garam selama 1/2jam
    2. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam kedalam tepung dan goreng sehingga garing. 
    3. Panaskan mentega, tumis bawang putih, daun kari dan juga cili padi sehingga naik bau.
    4. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak.
    5. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit air tepung jagung jika mahu kuah lebih pekat.
    6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
    7. Angkat dan sedia untuk dihindang.

    0 Response to "Step-By-Step : Resepi Ayam Masak Sweet Sour Yang Sedap Dan Mudah"

    Catat Komen

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel