Step-By-Step : Resepi Rendang Ayam Cara Mudah dan Sedap

resepi rendang ayam
Siapa tidak kenal Rendang Ayam kan? kalau dulu rendang ini kita boleh jumpa masa hari raya puasa sahaja tapi sekarang rendang sudah jadi satu makanan utama harian kita.

Kalau dulu orang kita makan dengan Lemang dan Ketupat, zaman sekarang macam-macam kombinasi rendang yang sudah keluar. Tidak menjadi masalah sebab ia memang sedap dan menyelerakan.

Jadi, kali ini ialah resepi rendang ayam turun temurun.

Jom kita start !

Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan :

( Bahan Kisar )
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 2cm kunyit hidup
  • 2inci lengkuas
  • 2inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
( Bahan Lain )
  • 1ekor ayam, dipotong mengikut selera anda
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 senduk minyak, untuk menumis
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 helai daun kunyit, dicarik atau hiris kasar
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
  2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram, gaul rata dan biarkan masa seketika.
  4. Masukkan kerisik dan santan cair, masak sehingga mendidih dan ayam menjadi empuk. kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
  5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau agar santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. perasakan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

0 Response to "Step-By-Step : Resepi Rendang Ayam Cara Mudah dan Sedap"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel