Step-By-Step : Resepi Ayam Percik Kuah Kuning Melekat Original 'Kelantan'

resepi ayam percik
Resepi Ayam Percik Original Kelantan yang sangat mudah dan sedap rasanya. Selalunya resepi ni orang buat untuk hidangan berbuka puasa.

Nak dapatkan rasa yang asli bakar menggunakan dapur arang.Nak Pakai oven pun boleh yang penting bakar.

Jom kita start !

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan :

( Bahan Perap )
  • 1 ekor ayam, dipotong 4 atau mengikut citarasa anda
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya
( Bahan Kuah )
  • 2 pek santan pekat
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering, atau anda nak lagi pedas boleh lebihkan.
  • 1/4 keping asam keping, letak sekejap sahaja untuk ada rasa masam dan keluarkan.
  • garam dan gula secukup rasa.
Cara Penyediaan :
  1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Lepastu bolehlah dibakar.
  2. Cara saya buat lain, ayam yang diperap tadi saya susun dalam rice cooker pastu tekan suis. Biarkan ayam masak dalam tue.. senang dan ayam pun juicy.
  3.  Bila ayam masak, boleh la bakar sekejap. Nampak garing-garing sikit bahagian luar dan siram dengan kuah percik.
  4. Jika nak tebal salutan kuah tu kena ulang siram dalam dua tiga kali. Siram, bakar, siram, bakar sampai salutan nampak tebal. Baru sedap.
  5. Untuk sediakan kuah percik, kisar bawang merah, halia, serai serta cili kering dan masak di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.
  6. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.

0 Response to "Step-By-Step : Resepi Ayam Percik Kuah Kuning Melekat Original 'Kelantan'"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel