Step-By-Step : Resepi Sotong Ala 'Thai' Yang Sedap Dan Pedas

resepi sotong ala thai
Resepi Sotong Ala Thai yang menjadi kegemaran buat penggemar sotong dan suka pedas. Tengok gambar pun dah buat liur meleleh belum buat lagi.

Haa, apa tunggu lagi. Jom kita start !

Resepi Sotong Ala Thai

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar
Cara Penyediaan :
  1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
  2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus
  3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
  6. Sedia Untuk dihidang

0 Response to "Step-By-Step : Resepi Sotong Ala 'Thai' Yang Sedap Dan Pedas"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel