Mudah Sangat! Resepi Sayur Kailan Ikan Masin

resepi sayur kailan ikan masin
Sayur Kailan Ikan Masin ni biasa kita order dekat kedai masakan panas. Sesekali cuba buat sendiri apa salahnya. Simple dan mudah je resepi ni.

Ok, jom kita start !

Resepi Sayur Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan :
  • 1 ikat sayur kailan
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 4 biji cili padi, diketuk
  • 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. basuh dan rendam sayur kailan dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang pula dihiris nipis.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan cili padi beserta ikan masin. kacau seketika.
  3. Masukkan pula bahagian batang kailan dengan sos tiram dan diikuti bahagian daun.
  4. Masukkan sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidang.

0 Response to "Mudah Sangat! Resepi Sayur Kailan Ikan Masin"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel