Simple Sangat! Resepi Telur Goreng Berlada

resepi telur goreng berlado
Resepi hari simple sahaja iaitu Telur Goreng Berlado. Bagi yang malas nak keluar beli lauk lain boleh pakai telor je untuk dijadikan hidangan utama.

Ok, jom kita start,

Resepi Telur Goreng Berlado

Bahan-Bahan :
  • 6 biji telur yang telah direbus
  • 9 biji cili api ( mengikut kepedasan anda )**
  • 3 biji lada besar**
  • 2 biji bawang besar**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. Goreng Telur yang direbus tadi sampai garing
  2. Blend kasar kesemua bahan yang bertanda (**)
  3. Panaskan minyak dan goreng bahan yang di blend tadi
  4. Masukkan asam keping, dan rasakan dengan garam dan gula.
  5. Masak sehingga garing dan masukkan bawang yang dimayang.
  6. Akhir sekali, masukkan telor yang digoreng tadi dan gauh sehingga sebati.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

0 Response to "Simple Sangat! Resepi Telur Goreng Berlada"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel